Suka Berkebun Boleh Cuba Tanam Anggur Dekat Rumah Ikut Cara Ini Pokok Menjadi


Sebenarnya mudah sahaja kalau nak tanam anggur ini. Apa yang penting skill kena ada dan betul seperti yang dikongsi oleh Hafiz Husin di laman Facebook mengenai penanaman anggur di rumah.

CARA TANAM ANGGUR DEKAT RUMAH, BUAH CANTIK BULAT-BULAT

Saja belanja tips penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya tak ada lah tahu sangat tapi macam ini lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Harap bermanfaat.

1. Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki

2. Sediakan tinja kambing yang dah reput dalam 1 bekas dan campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.

3. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian tu agak-agak sahaja banyak mana. Tujuan kapur tu untuk neutralkan keasidan tanah.

4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang

5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.

6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur lalu masukkan anak pokok sekali dengan polybag ke dalam lubang

7. Kambus tanah di celah-celah luar polybag tu yang berongga dan siram. Dah siappp. Jgn siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dgn air yg berlebihan.

Dah siap. Boleh la cuba weekend ini. Lepas ini petik je anggur belakang rumah, tak perlu beli di luar dah.

Sumber: Facebook Hafiz Husin II