Wanita Ini Kongsi Cara Betul Masak Nasi Lemak Elok Lembut Memang Sedap


Bagi anda yang masih mencuba masak nasi lemak ‘power’ macam dijual oleh makcik-makcik di tepi jalan, ini mungkin cara yang anda boleh cuba. Mudah dan menjadi!

CARA MASAK NASI LEMAK PALING MUDAH, NASI LEMBUT DAN WANGI!

1.Beras 4 pot, cuci bersih-bersih

2.Masukkan halia, daun pandan, halba, bawang merah

3.Masukkan santan 1 kotak

4.Air+santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah. Kalau terlebih, nasi akan jadi sedikit lembik.

5.Garam satu sudu kecil. Adjust bagi rasa lemak masin sikit.

6.Gula. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh.

7.Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji orang kata. Cantik berkilat elok ja bila masak nanti.

8.Siap! Elok kejadian nasi.

Sumber: Azy Cullen