Ikut Langkah Penjagaan Ini Wiper Kereta Boleh Tahan Sampai Bertahun Lama


Faktor penglihatan yang tidak baik boleh menjadi punca kemalangan dan sekali gus membahayakan nyawa anda dan juga pengguna jalan raya. Walaupun ia tidaklah mahal namun sebagai pemilik kereta anda harus menggunakan wiper yang baik dan memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.

PERBEZAAN BEBERAPA JENIS WIPER

Di pasaran terdapat beberapa jenis wiper berbeza yang ditawarkan. Kebanyakannya terdiri daripada tiga jenis yang berbeza iaitu konvensional, flat dan hibrid. Anda kata kereta anda dilengkapi dengan wiper kereta konvensional, maka boleh digantikan atau dinaik taraf dengan jenis pengelap kereta yang lebih moden; sama ada flat atau hibrid. Akan ttapi jika kereta menggunakan wiper flat, anda tak boleh menukarnya dengan wiper jenis konvensional.

Wiper Konvensional

Wiper jenis ini dikatakan lebih tahan lama, lasak dan lebih berkualiti. Disebabkan itu ia masih relevan di pasaran

Wiper Flat

Jenis yang banyak dipasang pada kereta model baharu. Ia mempunyai fleksor logam menyokong elemen getah dengan spoiler bersepadu penuh. Selain itu, ia menggunakan tekanan dihasilkan oleh aliran udara lalu membentuk aerodinamik lebih rata.

Wiper Hibrid

Seperti namanya, wiper ini seakan kacukan wiper konvensional dan flat. Menampilkan ciri aerodinamik wiper flat tetapi pada tahap prestasi seperti wiper konvensional. Ia berfungsi dengan mengekalkan kedudukan bilah getah pada cermin untuk sekali gus menjadikan pergerakan lebih lancar dan senyap.

TIP PENJAGAAN WIPER

1. Bersihkan bilan wiper secara berkala bagi membuang kotoran yang melekat. Pastikan anda membersihkannya dengan sekta dan baik.

2. Sekiranya anda ingin letak kereta dikawasan terbukan, sila tegakkan atau angkat bilah wiper kerana cahaya matahari terik boleh merosakkan wiper dalam jangka masa lama.

3. Amalkan untuk membersihkan cermin kereta sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Ini bagi membuang kotoran degil yang melekat dan boleh merosakkan getah wiper apabila ia dipasang.

4. Gunakan cecair pencuci yang selamat dan tidak memberi kesang sampiangan kepada getah wiper dan juga cermin.

5. Wiper kereta anda perlu ditukar jika getahnya mula haus atau ada bunyi, bilah bergoyang dan apabila terdapat sisa tinggalan air pada cermin ketika dilap.

Semoga perkongsian ini mempu memberikan manfaat untuk anda.