Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.
Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada J3pvn. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.
Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang
Sediakan:
- Seterika
- Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
- Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
1. Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
2. Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
3. Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
4. Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
5. Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Sumber: Teeper