Tanam Taugeh Guna Kotak Air Cara Lebih Mudah Hasil Memang Padu


Taugeh merupakan antara sayur yang mendapat sambutan di pasaran. Bukan sahaja rasanya yang rangup dan enak, taugeh juga sangat sesuai untuk dimasak menu yang pelbagai. Bukan itu sahaja, taugeh sebenarnya sangat bagus untuk para wanita. Pengambilan taugeh untuk kaum wanita sangat bagus kerana dapat mengelakkan dari kanser payudara dan kurang sakit ketika haid. Oleh itu, kami kongsikan untuk anda cara-cara untuk tanam taugeh sendiri di rumah dengan cara yang sangat ‘simple’! Jom cuba!

Bahan-bahan

1 Senduk penuh kacang hijau
1 Bekas kotak air bersize besar

Cara- Caranya

1. Kacang hijau hendaklah dibasuh bersih. Toskan.

2. Pada bahagian bawah kotak,potong sedikit disetiap bucu kotak.Ini untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram. P/S : Bucu kotak lama-lama dia akan kembang dan akan menutup serta mengecilkan lubang.Pastikan lubang bucu kotak sentiasa ada ruang untuk air keluar.Penting untuk memastikan taugeh tak cepat membusuk dan berbau.

3. Masukkan kacang hijau kedalam kotak air dengan perlahan-lahan.

4. Siram kacang hijau tadi dengan air. Nota : Siramlah air kedalam kotak 5 kali sehari.Lebih pun takpe.Ulangi dengan menyiram selama 3 hari berturut- turut. Lebih 3 hari pun takpe..maksud dia sampai taugeh dah membesar cantik dan dah penuh kotak..(bila kita buka penutup kotak air boleh nampak taugeh dah paras penutup)

5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air keluar habis.

6. Letakkan kotak air dalam kedudukan condong kedalam satu bekas untuk menadah saki baki air yang mengalir keluar. P/S : Air yang bertakung akan menjejaskan bentuk,rupa taugeh dan berbau.

7. Hari ke 4-5 dah boleh menuai hasil. Inilah kejadiannya…taugeh yang terhasil. Sedap dimasak bersama kucai dan tauhu.

Mudah kan? Kalau macam tu, jomlah kita tanam sendiri taugeh di rumah, tak payah beli dah!

Sumber: Princess Zhaza Nasheema