Wanita Ini Kongsi Cara Buat Ayam Gunting Di Rumah Mudah Sangat Sedap


Apa kata kita cuba buat sendiri. Mesti lagi banyak dapat jimat kan. Tapi macam mana cara buat ayam gunting sedap macam tu?

Jom kita tengok resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid ni. Nampak sedap dan sangat menyelerakan!

Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.

Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.

Bahan-bahan

Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)

– Basuh bersih dan potong nipis

Bahan perap

  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
  • Sedikit perahan limau / lemon

– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam

Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.

Bahan saduran

  • Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
  • Tepung ubi / tepung beras
  • Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Tambahan

  • Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

Cara Menggoreng

1. Salutkan Ayam Dengan Bahan Saduran

Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.

Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

2. Goreng Macam Biasa

Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.

3. Tabur Serbuk Cili / Lada Putih

Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.

Baru ‘kick‘!

Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.

Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!

Tak payah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas.

Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Zaitun Abd Hamid