Nampaknya cara ini dapat mengurangkan bau sampah satu rumah dan juga tidak membuatkan sampah tersebut berair. Jom cuba!
JANGAN BUANG BEKAS TELUR, GUNA ELAK BAU SAMPAH
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga. Senang je nak buat ni:
1.Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
2.Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
3.Then, masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi. Fungsinya bagi serap air dan bau.
MEMANG TIPS BERGUNA!
Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai dalam kalangan warganet yang sudah mencuba teknik ini. Semuanya amat berpuas hati dengan teknik bekas telur dimana tong sampah kurang berair dan kurang berbau. Daripada dibuang sahaja bekas telur ini, ada juga kegunaanya yang dapat memberi manfaat bukan?
Sumber: Nur Husna Shaikhun