Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad.

Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri. Boleh mulakan dengan kuih talam yang paling senang iaitu talam gula merah.

Tip supaya permukaan kuih talam cantik

  • Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.
  • Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.

Bahan untuk bahagian atas:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sdk garam
  • 2 1/2 cawan santan

Cara membuat

  1. Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.
  2. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.

Bahan untuk bahagian bawah:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb air kapur
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air masak

Cara membuat

  1. Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.
  2. Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.
  3. Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
  4. Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.
  5. Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit

Semoga bermanfaat cara buat Kuih Talam , Share kepada yang lain juga yaa tq…

Sumber: Ruziah Mohd Arshad