Kalau anda nak tahu, sebenarnya punca terjadinya waterwark adalah daripada titisan air hujan dan embun yang dibiarkan terlalu lama atau pun cara cuci kereta yang menggunakan teknik yang salah. 

Untuk pengetahuan anda, air hujan mempunyai mineral yang bercampur dengan habuk atau bahan yang tercemar disebabkan itu la sekiranya air tersebut kering akan meninggalkan kesan tompokan pada cermin kereta. 

TIPS HILANG KESAN WATERMARK PADA CERMIN KERETA GUNA PENCUCI PINGGAN

 1. Gunakan pes pencuci pinggan apa sahaja jenama yang anda ada, pastikan pes tersebut teksturnya halus untuk mengelakkan cermin kereta daripada calar.

 2. Basahkan cermin kereta dan ambil pes pencuci pinggan tersebut menggunakan span.

 3. Gosok pada bahagian cermin kereta yang mempunyai watermark, gosok secara membulat lebih berkesan. 

 4. Bilas cermin kereta dengan air bersih.

 5. Selepas bilas anda boleh lihat, watermark pada cermin kereta sudah hilang. 

 CUKA 


Cuka merupakan salah satu asid yang boleh menghilangkan kesan mineral pada cermin kereta.

 1. Campurkan cuka dengan air bersih di dalam satu bekas. 

 2. Rendamkan span atau kain bersih di dalam air campuran cuka tersebut. 

 3. Letakkan kain tersebut pada tompokan air pada cermin kereta tersebut dalam 1-2 minit supaya dapat melembutkan mineral tersebut. 

 4. Lap sahaja bahagian pada cermin kereta yang mempunyai watermark sehingga hilang. 

 Sekiranya selepas cara yang anda buat di atas masih tak boleh hilangkan watermark pada cermin kereta anda, berkmungkinan mineral tersebut sudah memasuki lapisan cat clear coat kereta anda.