Kuey Teow Sup Ayam Sedap Makan Lagi Lagi Waktu Hujan


Sedapnya resepi kuey teow sup ayam ini! Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa yang singkat, dah boleh siap dimasak. Tak ada ayam dekat rumah? Jangan risau, boleh sahaja gantikan dengan daging. Memang sedap dan pasti layan habis!

Pasti kena dengan selera semua. Jadi, jangan lupa untuk cuba memasaknya sendiri di rumah. Semoga bermanfaat!

Bahan kisar/tumbuk:

  • 5 biji bawang ros
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sepanjang 1 inci

Bahan lain:

  • Isi ayam / daging (ikut citarasa korang)
  • 1 paket kecil serbuk Masako
  • 2 batang akar ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 2 sudu makan rempah sup
  • Air secukupnya (untuk daging, guna air rebusan daging)
  • 4 sekawan
  • Minyak masak
  • Cukup rasa

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dulu. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang dipotong kecil dan goreng sikit sampai keluar air ayam.

2. Masukkan 4 sekawan, akar ketumbar, dan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau wangi.

3. Masukkan rempah sup (2 sudu besar) dan serbuk Masako (1 paket kecil). Goreng sikit bagi naik bau.

4. Masukkan air secukupnya. Kalau nak kuah banyak, letak air lebih. Kalau pakai daging, masukkan air rebusan daging je. Biarkan mendidih sekejap, lepas tu masukkan perasa dan seimbangkan rasa.

Bila dah siap, taburkan hiasan daun bawang, daun sup, daun ketumbar, dan bawang goreng kat atas sup.

Selamat mencuba.

Sumber: Cik Puan Asrah Ali