Penggemar manisan pencuci mulut wajib cuba agar-agar sirap rose ini pula. Cukup sedap jika dimakan sejuk-sejuk ketika baru dikeluarkan dari peti ais.
Di samping itu, agar-agar ini juga akan terpisah kepada dua lapisan selepas ia disejukkan. Jadi, ini perkongsian tips kepada anda supaya lapisan tersebut lagi mudah terbentuk.
Bahan-bahan:
- 20g agar-agar tali (boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm)
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- Seketul kecil gula batu
- 1 biji telur gred A
- 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air (jadikan 2 cawan santan)
- 3 helai daun pandan (simpulkan)
- Pewarna sirap rose
- Sedikit pewarna cochineal tiruan dari star brand
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Kacau-kacau rata.
2. Masukkan pewarna sirap rose. Kalau tak nak nampak pucat, boleh tambah sedikit pewarna cochineal. Kacau rata.
3. Seterusnya, pecahkan telur ke dalam santan. Kacau lagi hingga sebati menggunakan whisk.
4. Tuang terus ke dalam periuk agar-agar tadi. Masukkan juga sedikit esen vanilla dan sedikit garam. Kacau seketika guna api besar.
5. Biarkan agar-agar masak dan mendidih membuak sampai ke permukaan periuk. Tutup api. Baru dikacau-kacau seketika.
6. Tuang ke dalam loyang saiz 8×8, biarkan beku/sejuk. Nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan sama.
7. Boleh juga selepas tuang adunan dalam loyang, cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan sekejap supaya bila sejuk, agar-agar lagi mudah terbentuk lapisan sama atas bawah.
8. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul
.jpg)