Resepi Daging Goreng Ala Thai Sedap Kaya Dengan Rempah


Berikut adalah resipi mudah untuk membuat daging goreng ala Thai menerusi perkongsian Chef Azahari Abdullah ini. Daging goreng ala Thai, atau dikenali sebagai “Gai Tod” (ไก่ทอด) ini antara hidangan yang lazat dan kaya dengan rempah ratus.

Bahan-bahan:

  • Daging 800 gram
  • Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
  • Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus
  • Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk
  • Sos Tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Butter – menumis

Cara buat:

Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam

Bahan-bahan buat sos:

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung 2 sudu
  • 2 sudu beras digoreng atau disangai di kisar halus
  • Air Limau Nipis 2 sudu
  • Air Asam Jawa 3 sudu
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • Bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara penyediaan:

1.Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Selamat mencuba.

Sumber: Azahari Abdullah