Resepi Ikan Cencaru Sumbat Tanpa Kelapa Parut Memang Sedap


Kebanyakan resepi ikan cencaru sumbat tidak melibatkan penumisan bahan sambal terlebih dahulu. Namun dalam resipi ini, bahan-bahan sambal perlu ditumis sehingga naik minyak untuk memberikan rasa yang lebih pekat dan menyelerakan.

Ikan cencaru sumbat ini memang sedap dan mudah untuk disediakan. Resepi ini berbeza dengan cara tradisional kerana ia tidak menggunakan kelapa, sesuai untuk mereka yang tidak menggemari kelapa dalam masakan.

Dengan cara penyediaan ini juga, ikan cencaru yang disumbat akan lebih beraroma dan pasti memikat selera. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Cili kering yang telah dikisar
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air asam jawa sedikit (jika mahu rasa masam)

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.

2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga wangi, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar.

3. Tumis hingga cili masak dan naik minyak.

4. Tambahkan garam, ajinomoto, gula dan air asam sedikit (jika ingin rasa masam).

5. Setelah sambal siap, masukkan sambal ke dalam ikan yang telah dibelah dan sumbatkan hingga padat.

6. Goreng ikan yang telah disumbat hingga garing dan keemasan.

Selamat mencuba.

Sumber: Tya Johari