Resepi ini cukup mudah dan ringkas kerana tidak perlu menggunakan serai, halia, lengkuas mahupun bawang merah. Hanya memerlukan bawang putih, cili api dan limau nipis sahaja.
Bahan-bahan:
- Ikan siakap
- Bawang putih
- Cili api
- Limau nipis
- Garam
- Gula
- Daun ketumbar
Cara memasak:
1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Cuci bersih ikan dan bahan lainnya.
2. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Kemudian kukus ikan selama 10 minit. Kukus ikan sahaja tanpa letakkan bahan lain.
3. Sambil tunggu ikan dikukus, perahkan limau nipis, hiris bawang putih dan cili api.
4. Selepas 10 minit, angkat ikan dari pengkukus. Tuangkan air ikan ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan hirisan cili api dan bawang putih tadi berserta 4 sudu besar air, 1/4 sudu teh garam, 8 sudu air limau nipis, 4 sudu besar gula dan hirisan daun ketumbar.
5. Kemudian tuang ke atas ikan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Sumber: Zalina Yahaya
.jpg)