Siapa yang suka makan kek lapis Apollo perisa coklat pasti tahu berapa sedapnya kek ini. Makan satu bungkus memang tak cukup!
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin (empunya resipi guna cap pelangi)
- 1 cawan gula halus (kurangkan jika tak suka manis)
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
1. Putar marjerin bersama gula dan esen vanilla sehingga bertukar, putih, gebu dan kembang.
2. Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sehingga betul-betul kembang.
3. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaul manja.
4. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Kacau guna senduk sehingga sebati.
5. Panaskan oven selama 10-15 minit. Kemudian, masukkan loyang dan bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160° selama 45 minit.
6. Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan sejukkan.
Cairkan coklat guna teknik double boiler dan ratakan ke atas kek yang sudah sejuk.
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
.jpg)