Resepi Kerabu Jantung Pisang Sedap Dan Mudah


Resepi Kerabu Jantung Pisang ini memang sedap dan cukup rasa. Bau aroma dari bawang merah mentah dan kerisik memang cukup wangi. Hidangan ini bukan saja sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas, malah kalau nak makan ratah pun sedap.

Rasa yang rangup dari taugeh dan bawang mentah yang dihiris memang cukup rasa. Kalau anda suka sedikit masam, boleh perahkan hirisan limau nipis ke dalam kerabu ni.

Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Lina Hadi. Boleh ikut langkah demi langkah di bawah.

Bahan-bahan:

  • Jantung pisang (direbus)
  • Pucuk paku (direbus)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Taugeh
  • Bawang mewah besar
  • Santan
  • Sotong
  • Belacan
  • Gula garam
  • Kerisik (kelapa goreng)
  • Cili/lada merah

Cara-cara penyediaan kerabu:

1. Mula-mula bakar bawang besar. Ataupun goreng tanpa minyak.

2. Campurkan santan dengan cili pada dan lada merah. Masakkan sedikit santan pekat untuk nak kisar.

3. Kemudian masukkan sedikit belacan bakar. garam, gula dan sedikit kelapa goreng dan kisar. Kalau tak cukup santan, campur dengan air panas.

4. Goreng sotong tanpa minyak. Boleh ganti dengan kerang rebus atau udang jika nak.

5. Bila dah kisar, gaulkan dengan bahan dah hiris tadi sekali dengan bawang besar bakar.

6. Kerabu jantung pisang dan pucuk paku. Siap dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Lina Hadi