Sajian kerabu timun bersantan yang telah dikongsikan oleh saudari Izlyana Ell ini merupakan menu yang berasal dari Kelantan.
Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, mari sama-sama baca resepi lengkap di bawah.
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Lada hitam
- Kelapa parut goreng
- Isi ikan selayang (sardin) yang sudah direbus
- Timun batang yang disagat
- Santan
- Cili padi
- Garam
- Sedikit gula (jika suka)
- Limau nipis
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan yang sudah direbus. Jika guna lada hitam serbuk, letak dan gaul selepas bahan lain siap ditumbuk.
2. Kemudian campur bahan tumbuk dengan timun yang sudah disagat.
3. Masukkan pula santan yang sudah dipanaskan sekejap. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka. Perahkan juga asam limau nipis. Gaul semuanya sehingga bercampur rata.
4. Boleh pelbagaikan untuk lebih sedap. Boleh tambahkan perut rebus/kerang atau pucuk paku, tauge dan kacang panjang.
Selamat mencuba.
Sumber: Izlyana Ell
.jpg)