Bahan Lapisan Bawah (Warna Hijau):
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula (kurangkan sikit)
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (blender dari 7 helai daun pandan)
- sedikit garam
- 1 sudu besar air kapur yang jernih (optional)
- sedikit pewarna hijau epal + merah
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan bahagian bawah, tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap atas dapur guna api perlahan hingga naik wap, kena sentiasa kacau ye.
2. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik plastik dan disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.
3. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit guna api besar (tanpa tutup pengukus). Kemudian cakar-cakar sikit permukaan kuih.
Bahan Lapisan Atas (Warna Putih):
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 2 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil garam (biar agak masin sedikit)
Cara Membuat:
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap guna api perlahan hingga naik wap, kena sentiasa kacau ye. Tuang adunan putih ke atas bahagian hijau tadi dan kukus selama 20 minit. Guna api sederhana.
5. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit guna api besar (tanpa tutup pengukus). Siap, biarkan betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik.
Tips: Untuk dapatkan talam yang cantik, setiap kali mengukus cukup 7-10 minit, buka tutup pengukus dan lap bawah tudung pengukus. Pastu tutup dan kukus semula, ulang hingga siap.
Sumber: Rahmah Rosmin
.jpg)