Inti carbonara ini boleh di masak menggunakan isi ayam yang di cincang atau ayam cincang yang ready kat pasaraya. Tambah crab stick, cendawan dan beberapa jenis sayur seperti lada benggala dan lobak merah.
Sama saja bahan untuk masak spaghetti carbonara. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Noor Liyana.
Resepi ini memang sesuai sangat untuk anda yang suka makan popia. Sekali-sekala tukar selera apa salahnya. Jom tengok cara-cara hendak menyediakannya.
Bahan-bahan:
- Isi ayam/ayam cincang
- Crab stick (hiris bulat)
- Cendawan butang (dicincang)
- Capsicum(dipotong dadu kecil)
- Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka.
- Black pepper
- Tepung gandum
- Susu full cream
- Cheese slice 3 keping
- Chicken stock
- Minyak sedikit
- Butter
- Garam
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
Bahan * ini dicincang halus.
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan butter. Letak minyak sikit untuk elakkan butter dari hangus.
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga chicken stock.
4. Kemudian letak tepung dalam 3 sudu. Tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan susu. Tambah air sikit dlm setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur-sayuran.
7. Masak sekejap. letak black pepper, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru masukkan crab stick. Tujuan masukkn lambat sebab taknak ia hancur sebab lama masak.
9. Tunggu ia sedikit sejuk, baru balut didalam kulit popia.
Selamat mencuba resepi popia carbonara ini.
Sumber: Noor Liyana
.jpg)