Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Style Bandung


Jika para pembaca mahukan kelainan, bolehlah mencuba resepi pucuk ubi kukus masak lemak ini. Ianya pasti digemari oleh satu keluarga. Resepi ini perkongsian oleh Puan Suzana Othman boleh dikatakan unik dan berbeza dari lain.

Hal itu kerana, beliau sangat kreatif kerana telah mengolah pucuk ubi menjadi empat segi. Menurut beliau juga, resepi tersebut dipelajari semasa berkunjung ke rumah sahabat mentua di Bandung, Indonesia. Jika di sana, pucuk ubi dipanggil dengan nama ‘singkong’.

Bahan A:

  • 1 ikat pucuk ubi (rebus dengan garam sehingga lembut & perahkan airnya)
  • 10 biji telur
  • Garam

Cara memasak:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam. Kemudian pukul telur hingga kembang. Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.

2. Curahkan telur ke atas pucuk ubi, tekan-tekan supaya padat.

3. Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada dah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi, kalau dah keras dan padat bermakna dah masak. Keluarkan dari pengukus, sejukkan pada suhu bilik. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh dipotong ikut saiz yang diingini.

Bahan B:

  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis*
  • Pucuk ubi yang dah siap dipotong
  • 1 kotak santan kelapa
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya.

3. Masukkan pucuk ubi yg dah dipotong tadi.

4. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api. Taburkan cili merah semasa menghidang.

5. Dah siap pucuk ubi kukus yang rare ni. Walaupun pembuatannya agak renyah tapi percayalah, ia sangat berbaloi bila tengok anak-anak makan sayur tanpa dipaksa.

Selamat mencuba.

Sumber: Suzana Othman