Cara penyediaannya cukup mudah dicuba dan tidak renyah. Resepi Sambal Tomato Jawa memerlukan bahan-bahan yang biasanya sudah ada di rumah, tak perlu susah-susah keluar ke pasar raya.
Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi ini pula.
Resipi yang telah dikongsikan oleh Makcik Ratu ini juga dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya!
Bahan-bahan:
- 5 batang cili merah
- 10 batang cili padi hijau
- 5 ulas bawang merah
- 1 tomato merah ranum (boleh juga guna 6 biji tomato ceri)
- 1 ruas jari belacan
- 1 sudu kecil gula (boleh juga guna gula perang)
- Sedikit garam
- Sebiji jus limau nipis
Cara-cara:
1. Potong kecil cili merah merah, cili padi hijau, bawang merah dan tomato. Kemudian tumis dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga agak layu.
2. Selepas itu, boleh diangkat dan lenyek menggunakan lesung.
3. Tambahkan belacan, gula, garam dan perahan 1 biji jus limau nipis.
Siap, selamat mencuba!
Sumber: Makcik Ratu
.jpg)