Resepi Sotong Celup Tepung Rangup Sempurna


Mungkin ada yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng serta Resepi Sotong Celup Tepung yang tak menjadi. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong ‘meletup’ ketika sedang menggoreng.

Jom cuba resepi ini di rumah. Kadangkala bila makan di kedai, sotong goreng tersebut tidak menepati cita rasa. Ada yang rupa macam donut dan ada juga yang liat.

Tak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi rangup dan cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat!

Bahan-bahan:

  • Sotong (cuci bersih dan buang kulit)
  • Tepung beras (pastikan pakai cap gajah)
  • 1 biji telur
  • Sedikit air kapur
  • Garam
  • Pewarna (kalau tak ada, guna serbuk kunyit)

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan kecuali sotong di dalam satu mangkuk. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

2. Gaulkan sotong dengan 1 sudu tepung beras kering terlebih dahulu supaya bancuhan melekat pada sotong bila digoreng nanti. Kemudian, baru masukkan sotong ke dalam bancuhan tadi.

3. Pastikan minyak betul-betul sudah panas sebelum masukkan sotong. Goreng sehingga keperangan dan rangup. Selamat mencuba!

Petua:

Jika mahu mengelakkan sotong meletup, bersih dan buang kulit sotong seperti ini. Lapisan kulit tersebut punca sotong meletup ketika digoreng.

Sumber: Iella Mohamad