Resepi Sotong Masak Kicap Pedas Simple Tapi Sedap


Cara masakan Resepi Sotong Masak Kicap Pedas sama sahaja seperti membuat ayam masak kicap. Cumanya, yang beza adalah penggunaan cili kisar sebagai salah satu bahan utama untuk masakan ini.

Makan dengan nasi panas, memang sedap lauk  ini. Sekali sekala buat sotong style lauk lain pun sedap juga. Tak ada lah jemu asyik dibuat sotong goreng kunyit sahaja.

Bagi peminat sotong, boleh mencuba resipi dari perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini.

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong (lumur kunyit dan garam lepas tu goreng halfcooked)
  • Cili kisar (1senduk besar)
  • Bawang putih/merah/halia/Cili padi ikut kepedasan (kisar)
  • Kayu manis, bunga lawang
  • 2 batang Serai (ketuk)
  • Bawang merah hiris bulat
  • Tomato/cili merah (hiris dan potong)
  • Kicap manis (saya pakai kicap mudim)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sedikit air asam

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau @ kekuningan,masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.

2. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak. Masukkan semua jenis sos (jika pekat tambah air sedikit).

3. Tumis lagi baru masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap baru masukkan sotong gaul rata tutup api.

Siap dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad