Resepi Bihun Sup Ala Pama Mudah Dan Ringkas


Ramai suka makan Bihun Sup yang popular sebagai masakan Melayu dan sedap dinikmati dengan sambal kicap. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA yang wajib anda cuba di rumah.

Hayati Saidin telah kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA di Facebook yang sangat mudah dan ringkas cara memasaknya. Jom kita cuba!

Bahan-bahan bihun sup:

  • 3 keping bihun PAMA (bukan bihun PAMA yang segera, tapi bihun yang ada cap PAMA)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sekeping dada ayam (dipotong kecil-kecil secara nipis)
  • Sekeping fish cake (dipotong nipis)
  • 6 biji fish ball (dibelah dua)
  • Secamca besar lada putih
  • Setengah kiub pati ayam Maggi
  • Secamca teh serbuk Maggi secukup rasa
  • Garam
  • Daun sup (dipotong nipis)
  • Daun bawang (dipotong nipis)

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Cili api
  • Limau nipis
  • Kicap

Cara-cara memasak bihun sup:

1. Mula-mula, panaskan dua camca besar minyak kelapa.

2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga agak kekuningan.

3. Kemudian, masukkan ayam, fish ball, fish cake dan kacau sebati.

4. Seterusnya, masukkan air mengikut kadar kuah yang dimahukan (buat lebih kuah pun tak apa sebab nanti apabila masukkan bihun, bihun akan kembang dan kuah jadi kering nanti).

5. Apabila sudah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk Maggi secukup rasa dan lada putih.

6. Lebih kurang dalam 5 minit, masukkan bihun yang telah dibasuh.

7. Kacau rata-rata apabila bihun sudah lembut, perasakan dengan garam dan lada, kemudian tutup api.

8. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Cara-cara membuat sambal kicap:

1. Mula-mula, potong cili api nipis-nipis.

2. Kemudian, perahkan limau nipis.

3. Akhir sekali, masukkan kicap. Siap untuk digunakan!

Gabungan kuah yang sedap dalam resepi Bihun Sup simple ala PAMA ini bersama sambal kicap yang pedas, boleh buat selera sesiapa pun terangkat.

Selamat mencuba.

Sumber: Hayati Saidin