Resepi Bubur Biskut Kapal Lejen Style Orang Dulu-Dulu


Sekarang ini dah jarang jumpa orang buat bubur biskut kapal. Jadi, kali ini kami ingin kongsikan resepi mudah untuk anda semua cuba buat dekat rumah. Bahan-bahan pun senang dicari.

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya yang manis-manis lemak, dengan tekstur biskut yang lembut, memang nostalgik habis!

Resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dapur. Anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan, kerana cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah diikuti.

Dah cuba nanti, confirm nak buat lagi! Cubalah buat untuk anak-anak, mana tahu jadi menu kegemaran mereka pula.

Bahan-bahan:

  • Biskut kapal
  • Santan
  • Air
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Campurkan santan dengan air dalam periuk. Agak-agak saja banyak mana nak letak, ikut suka hati.

2. Masukkan daun pandan sekali untuk bagi wangi. Masak sampai mendidih, jangan lupa kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

3. Dah mendidih, masukkan gula merah dan gula pasir. Agak-agak saja manis dia, ikut selera masing-masing. Kacau sampai gula larut.

4. Masukkan secubit garam. Boleh juga letak sagu dan nangka jika suka.

5. Sekarang, masukkan biskut kapal. Jangan masukkan semua sekaligus, agak-agak saja dulu. Kacau perlahan-lahan supaya biskut tak hancur.

6. Biarkan bubur masak sekejap dengan api kecil sampai biskut lembut dan kuah pekat.

Siap! bolehlah hidang. Makan panas-panas atau sejuk pun sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Latifah Hassan