Resepi Perapan Ayam Padu Cukup Enak


Dengan hanya menggunakan air fryer, anda boleh menyediakan hidangan istimewa ini dengan mudah dan cepat. Resepi perapan ayam ini khas untuk anda yang mencari resepi ayam bakar yang sedap.

Hidangan ini juga pilihan yang lebih sihat kerana dimasak menggunakan air fryer yang tidak memerlukan minyak. Ayam bakar ini juga pasti membuka selera seisi keluarga. Jom cuba resepi lengkapnya di bawah!

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar garlic salt
  • 1 sudu besar onion powder
  • 1 sudu besar black pepper
  • 1 sudu besar white pepper
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar chili flakes

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

2. Untuk perapan ayam, kelar ayam dan perapkan dengan garam secukup rasa, sedikit olive oil dan 1 sudu besar rempah perapan (untuk 1 bahagian ayam).

3. Jika menggunakan 5 bahagian ayam, tambahkan 5 sudu besar rempah perapan.

4. Perap ayam semalaman.

5. Bakar ayam menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 30-40 minit. Pastikan ayam dibalikkan pada separuh masa kedua.

6. Simpan sisa rempah perapan dalam bekas tertutup.

Sumber: Nurha Muhammad