BAHAN-BAHAN:
- Labu
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong labu mengikut ira lekok labu.
2. Buang biji-biji labu.
3. Kupas kulit labu agak-agak kulit tu tidak terlalu tebal, supaya masih ada warna hijau pada labu itu.
4. Sagat labu nipis-nipis dengan menggunakan penyagat.
5. Selepas disagat, basuh dan toskan. Tidak perlu rendam dengan air garam. Basuh begitu sahaja.
6. Lapik tisu dapur di atas talam. Letakkan labu yang telah ditoskan tadi dan jemur sehingga kering.
7. Jemur labu tersebut dalam setengah jam hingga ke 1 jam.
8. Selepas jemur, goreng di dalam api yang sederhana.
9. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
10. Selepas sudah sejuk, masukkan di dalam balang dan siap boleh dimakan terus.
TIPS
Jemur sehingga kering untuk membuatkan labu lebih rangup.
Sumber: Nomie Harun
.jpg)