Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah lebih mesra alam kerana tidak menggunakan bahan kimia.
Kenapa rumput liar boleh jadi baja?
Rumput liar mengandungi bahan organik dan nutrien semula jadi yang tersimpan dari tanah. Bila ia reput, nutrien tersebut akan kembali ke dalam tanah dan membantu menyuburkan tanaman.
Selain itu, proses pereputan rumput juga menghasilkan kompos yang baik untuk struktur tanah supaya lebih gembur dan subur.
Cara buat baja guna rumput liar
1. Kumpulkan rumput liar
Cabut atau potong rumput liar di kawasan kebun. Elakkan rumput yang terlalu tua atau sudah berbunga banyak.
2. Potong kecil-kecil
Rumput dipotong kecil supaya proses pereputan jadi lebih cepat dan sekata.
3. Masukkan dalam bekas atau lubang tanah
Anda boleh letak dalam tong, guni atau terus tanam dalam lubang di tanah.
4. Tutup dan biarkan reput
Tutup dengan tanah atau daun kering. Biarkan selama 2–4 minggu sehingga rumput reput sepenuhnya.
5. Gaul dengan tanah
Selepas reput, gaulkan baja ini ke dalam tanah di sekitar pokok sayur.
Tip supaya baja lebih berkesan
- Campur dengan sisa dapur seperti kulit sayur atau buah
- Pastikan rumput tidak bercampur racun rumpai
- Jangan letak terlalu tebal pada pangkal pokok
- Gaul tanah supaya nutrien lebih cepat diserap
Kelebihan guna baja rumput liar
- Zero modal – guna bahan yang ada sekitar rumah
- Mesra alam dan organik
- Suburkan tanah secara semula jadi
- Kurangkan sisa kebun
Walaupun nampak simple, baja dari rumput liar ini sangat berkesan jika diamalkan secara konsisten. Pokok sayur akan lebih cepat membesar, daun lebih hijau dan hasil tuaian pun lebih banyak.
Lepas ni, jangan terus buang rumput liar. Tukar jadi baja dan lihat sendiri hasilnya.
.jpg)