Apabila anda bermimpi melihat seseorang yang tidak dikenali dalam mimpi, itu ternyata sangat membingungkan. Anda melihat mereka dalam mimpi, tapi tidak mampu menafsir apa maksudnya kerana belum pernah bertemu mereka dalam kehidupan nyata.

Ada beberapa alasan mengapa anda mungkin bermimpi bertemu atau melihat orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dalam mimpi.

Tafsir mimpi melihat orang tidak dikenali

1. Bermimpi melihat pemuda berkulit putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda berkulit hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

2. Jika bermimpi melihat diikuti oleh seorang pemuda, bererti dia akan berjumpa dengan musuh.

3. Jika bermimpi melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

4. Jika bermimpi melihat pemuda yang tidak dikenali dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

5. Wanita yang bermimpi melihat perempuan muda bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapat kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

6. Jika bermimpi melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya, bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya.

7. Jika bermimpi melihat wanita tua bukan Islam, bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

8. Jika bermimpi melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya.

9. Jika bermimpi ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya, bererti dia sukar mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampak suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Sumber;sentiasa panas