Resepi Ayam Percik Putih

(versi moden)

4 bahagian peha ayam

8 biji bawang merah *

4 biji bawang putih *

1/2 inci halia *

1 asam keping

1sk halba

1sk lada hitam

Garam

Gula

1 cawan santan pekat

3 batang serai diketuk

Cara-cara

👉 Kisar bahan bertanda *

👉 Rebus ayam bersama bahan bertanda serta masukkan serai, halba, lada hitam dan asam keping - tak perlu tambah air kerana air dari ayam akan keluar

👉 Bila air sedikit berkurang, tambahkan santan, perasakan dan biarkan mendidih

👉 Bila kuah sedikit pekat boleh angkat ayam dan bakar sekejap di atas api

👉 Curahkan kuah percik semasa proses bakar untuk jadikan kuah pekat melekat pada ayam

👉 Ulang proses sehingga siap

Resepi Ayam Percik Merah

(versi moden)

4 bahagian peha ayam

8 biji bawang merah *

4 biji bawang putih *

1/2 inci halia *

Cili kering mengikut kepedasan masing masing *

1 asam keping

Garam

Gula

1 cawan santan pekat

3 batang serai diketuk

Cara-cara

👉 Kisar bahan bertanda *

👉 Rebus ayam bersama bahan bertanda serta masukkan serai, sedikit garam dan asam keping - tak perlu tambah air kerana air dari ayam akan keluar

👉 Bila air sedikit berkurang, tambahkan santan, perasakan dan biarkan mendidih

👉 Bila kuah sedikit pekat boleh angkat ayam dan bakar sekejap di atas api

👉 Curahkan kuah percik semasa proses bakar untuk jadikan kuah pekat melekat pada ayam

👉 Ulang proses sehingga siap

Selamat mencuba.