Alhamdulillah. Sedap makan agar-agar koko dalam cuaca panas dan juga sebagai pencuci mulut. Mudah juga membuatnya.
Bahan2:
- 1 Tahil agar2 bertali (28g)
- 1/2 Cwn gula pasir
- 1 Tin susu pekat
- 1/2 Cwn serbuk koko
- 6 Cawan air
Cara-caranya:
1. Masak agar2 hingga larut masukkan gula.
2. Serbuk koko dibancuh dengan air panas. Tapis dan masukkan bersama susu pekat. Sukatan air termasuk bancuhan koko tetap 6 cawan.
3. Selepas mendidih, tapis sekali lagi dan tuang dalam acuan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Nota: Kalau tak nak manis tak perlu masukkan gula.
Selamat mencuba.
Sumber: Ain Zahra
.jpg)