Mula-mula buat gula hangus;
- 170g gula
- 200g air
Cairkan gula sampai gelap perang dan sedikit berbuih. Masukkan air sedikit demi sedikit. Api perlahan. Kene sentiasa kacau ye, jangan biarkan nanti hangit, kek jadi pahit. Dah siap tutup api, biar je atas dapur tu sebab kite nak tuang gula panas-panas atas adunan.
Bahan-Bahan Lain:
- 3 biji telur saiz B
- 70g majerin/butter/minyak (saya pakai minyak masak)
- 125g susu pekat manis (resepi memang dah kurang manis, tak perlu kurangkan lagi)
- 120g tepung gandum
- 6g soda bikarbonat
- 1 sk Vanila star brand (jangan lebih jangan kurang)
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan termasuk gula hangus yang panas tadi. Whisk sebati dan tapiskan. MESTI TAPIS. Lepas tapis, whisk lagi hingga sabati. Masukkan ke dalam loyang saiz 6 inci, alaskan baking paper terlebih dahulu.
2. Bakar pada suhu 180c api bawah sahaja selama 35 minit. Kemudian api atas dan bawah selama 10 minit atau sehingga masak. Agak-agak atas kek tu dah kering helok, tak gedik-gedik tu kire masaklah tu. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang.
BTW, kek saya paling top dekat syupieeee tau, kalau nak rasa dan texture macam ni. Jangan derhaka resepi!.
Sumber: Dilla Dessert