Resepi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas


Kuih Puteri Ayu ini mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas, tetapi hasilnya sangat memuaskan dengan rasa manis, lemak dan sedikit kelapa parut yang menambah kesedapan. Mari cuba resipi Puteri Ayu yang pasti akan memikat selera ini.

Kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di Malaysia. Dengan warna hijau yang menarik dan tekstur yang lembut, kuih ini sering menjadi pilihan di majlis-majlis istimewa dan juga sebagai hidangan petang.

RESEPI PUTERI AYU KUIH

Bahan A:

  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 1 titik pewarna kuning (optional, untuk warna lebih cantik)

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan santan

Cara-cara:

1. Masukkan gula, telur, ovalette, pewarna hija, dan perisa pandan ke dalam blender atau mixer.

2. Tambahkan setitik pewarna kuning untuk hasilkan warna hijau yang lebih terang dan menarik.

3. Selepas adunan kembang, masukkan tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan juga santan dan kaup balik adunan hingga sebati.

4. Sapukan acuan dengan minyak supaya tidak melekat.

5. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit tepung ubi dan garam. Tekan kelapa dalam acuan supaya padat dan rata.

6. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat tadi.

7. Kukus selama 10 minit di dalam pengukus yang sudah mendidih.

8. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum keluarkan dari acuab,

Selamat mencuba.

Sumber: Eiyda Owh Eiyda