Ibu yang mengalami masalah anak batuk berkahak pasti akan risau. Apa kata kali ini cuba gunakan beberapa bahan semulajadi untuk membantu melegakannya. Mana tahu ikhtiar ini sesuai dengan anak selain rawatan dari klinik atau hospital.

Walaupun anda nak melakukan rawatan semulajadi, tapi pastikan anda berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar anak. Sekiranya peparu anak ok, tiada masalah lain yang serius, anda boleh teruskan dengan merawat anak anda secara semulajadi.

Perkongsian ini diharap dapat membantu ibu yang mengalami anak batuk berkahak. Seperti yang kita tahu, halia sangat bagus untuk bantu mencairkan kahak serta bersifat anti radang.

Madu pula bersifat antibakteria, antivirus dan antifungus yang dapat membantu meningkatkan imun sistem anak kita.

Selain merawat dari dalam, halia dan madu ni boleh dibuat pes dan ditampal pada bahagian dada anak-anak.

Bahan-bahannya:

1. Sedikit tepung gandum

2. Jus halia (halia yang ditumbuk/blend kering dan diperah amik airnya sahaja)

3. Sedikit minyak kelapa dara (VCO)

4. Madu

5. Pelekat yang sesuai untuk kulit anak-anak

Lebihkan madu berbanding VCO untuk bagi ia melekat antara satu sama lain. Takde sukatan lengkap sebab main agak-agak je, macam kita nak masak gitu.

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit tepung dalam bekas bertutup.

2. Tambahkan jus halia, madu dan sedikit minyak kelapa dara.

3. Gaul sehingga tak melekat pada tangan. Kalau terlalu keras boleh lebihkan madu tu.

4. Bentukkan macam bola kecil agar mudah untuk kita penyekkan dan leperkan dikemudian hari.

5. Tampalkan pada bahagian dada anak kita semasa mereka tidur.

Bebola halia ni boleh disimpan dalam bekas bertutup dan tahan selama seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sebelum guna boleh keluarkan awal sedikit agar tak sejuk sangat, dan boleh ditambah dengan madu jika agak kering.

Saya selalunya akan letakkan pes halia ni pada bahagian dada anak masa mereka tidur, jadi tak adalah tangan mereka nak cabut pelekat ni. Pelekat ni boleh dibeli di farmasi berdekatan rumah anda.

Disebabkan ini adalah rawatan semulajadi, jangan pula disangka harini tampal, esok terus baik. Ia mengambil masa juga. Teruskan rawatan ini bersama dengan rawatan semulajadi yang lain ye. Selain itu ambil juga makanan yang dapat tingkatkan imun sistem anak kita.

Min kongsikan tips lain menghilangkan kahak dengan berkesan

Setiap orang pasti pernah mengalami batuk bukan? Batuk kebiasaannya akan hilang dalam tempoh 3 minggu dan secara tidak langsung ia menyebabkan kahak di dalam rongga penafasan kita.

Ada yang suka menggunakan pengubatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini, namun ada juga yang suka menggunakan cara tradisional untuk meredakan batuk.

Jadi kami ingin kongsikan 9 petua menghilangkan kahak secara semulajadi dan berkesan:

Stim @ Wap panas

Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda..Hati-hati, Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda. Sambil tu tepuk-tepuk belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.

Madu

Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

Larutan air garam

Kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah.

Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.

Nenas

Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah.

Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.

Makanan bercili

Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda.

Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.

Kunyit

Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu.

Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.

Teh bunga Chamomile

Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas.

Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.

Bawang putih

Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat.

Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.

Minum air kosong banyak

Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk clearkan kahak.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama.

Akhbar Kini