Terasa tak sihat bila kerap adakan aktiviti di luar. Pedoman oleh Ustaz Mohamad Yacob ayat penawar untuk kita amalkan.

Ayat untuk sakit batuk, selesema dan antibodi badan lemah, surah YASSIN (ayat 58). Amalkan dan banyak kan berdoa kepada Allah.



fadilat kepada yang mengamalkan ayat ini :

Cara-caranya

1. baca 40 kali setiap kali lepas solat

2. jika selsema baca 40 kali pada air dan minum

Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yaasin.

Kepada sesiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.

Baca dan bunyinya begini:

سَÙ„َÙ€ٰÙ…ٌ۬ Ù‚َÙˆۡلاً۬ Ù…ِّÙ† رَّبٍّ۬ رَّØ­ِيمٍ۬

SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’

Rahsia Surah Yaasin

Membaca Suarah Yaasin

Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.
BACA: Surat Untuk Oppa, Bukan Tulisan Anak Muda Harapan Agama

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perlehi ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Sumber: majalahsinar