Resepi Bengkang Beras Lembut Lemak Manis


Jom cuba buat Kuih Bengkang Tepung Beras. Kalau yang tidak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian melayu lama ini. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

Nak beli di luar pun macam dah susah nak jumpa kuih bengkang ini, buat sahaja dirumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Legasi Siti dari Facebook ini.

Resepi Bengkang Beras

Bahan-Bahan: (loyang 7x7)

  • 3 cawan tepung beras ( sy guna cap gajah 3 ekor )
  • 1 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 5 1/2 cawan santan ( santan daripda 500 gm kelapa )

Cara Membuat:

1. Campurkan semua sehingga sebati, masak atas api (api sederhana kuat ) sehingga naik wap.

2. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 250 darjah celcius dalam masa 1 jam. Selamat Mencuba!

Sumber: Legasi Siti