Kalau dah lama kisar tapi bawang tak juga hancur malah ada yang berketul walau sudah ditambah air maknanya mata pisau pengisar sudah tak lagi tajam.

Blender atau mesin pengisar bila dah lama digunakan mata pisaunya mungkin akan jadi tumpul.

Selain daripada guna garam kasar rupanya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat.

Jangan terus fikir untuk ganti pengisar baru sebab ada saja cara untuk tajamkan kembali mata pisau yang sudah tumpul ini.

Guna garam kasar

Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.


Cara ni paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender.

Ketul ais

Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.

Beras

Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!

Sumber: Vanilla Kismis