Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.

Sebenarnya tak perlu rabus lama-lama pun, dalam 2 hingga 3 minit dah cukup agar isi kerang cantik dan elok berkilat macam cermin.

Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin

Bahan Di Perlukan:

  • Air secukupnya
  • 1 Sudu kecil Garam
  • Ais

Cara Membuat:

  1. Rebus air bagi mendidih.
  2. Kemudian, masukkan garam.
  3. Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup.

4. Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais.

5. Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa.

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yatie Kitchen®️ (@yatiekitchen)

Mudah sangat! Begini rupanya nak isi kerang cantik, elok macam cermin. Tak perlu rebus lama-lama pun, 2-3 minit dah cukup.

Sumber: Yatie Kitchen / Mingguanwanita