Selain sedap ia juga merupakan satu sajian yang mudah untuk disediankan. Namum mutakhir ini kita dapat lihat kenaikkan harga harga setin sardin boleh mencecah sehingga RM10.00 setin yang dahulunya sardian dikatakan makanan yang agak murah.
MUDAH RUPANYA BUAT SARDIN HOMEMADE. SUDAH TENTU HALAL, BERSIH & JIMAT
Namun jika ada merupakan seorang penggemar sardin anda boleh mencuba untu membuat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh anda bebas mengolah ikut cita rasa anda yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade seperti ini sudah tentulah halal dan bersih.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
Pembaca boleh mencuba resepi yang dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
RESEPI SARDIN HOMEMADE 1
Senang ja rupanya nk buat sardin… Tak payah beli dah.. memang sah sah la halal dan bersih kalau sendiri buat… terimakasih tuan punya resepi dalam group ni juga. akak kongsi resepi ya..
BAHAN-BAHAN
- 2 kilo ikan sardin
- 1 tin tomato puree
- 2 senduk cili kisar.
- 2 senduk bwg kisar
- 1cwn air asam jawa
- 1 botol sos cili
- Garam
- Serbuk perasa
- Cuka
- Minyak utk menumis
CARA-CARANYA
Tumis bawang kisar dan cili kisar Smpai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puree.tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun takpa, sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat. Masak dlm 60 minit.
Tulang ikan akan lembut macam kita beli sardin tin.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
Selamat mencuba resepi ringkas dari akak ya. yang mana terkurang boleh ditambah sendiri ya… terima kasih Nurliyana Ana Ana kerana sharekan resepi ini.
RESEPI SARDIN HOMEMADE 2
Selain itu pembaca juga boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Ezani Shukri ini.
Sejak pandai buat sardin sendiri, memang tak beli dah yang dalam tin.. Ragu-ragu juga dek macam-macam kes dulu.
Dah 3 bulan merenung tin sardin tiap kali pergi beli barang..hari ni baru dapat buat sardin.. buat banyak-banyak.. simpan stok frozen. Resepi kat gambar ye
CARA-CARA DAN BAHAN-BAHAN
Cuci ikan bersih-bersih.. saya guna ikan sardin + saba macerel +-3kg
Masukkan minyak, Stir fry 2 biji bawang holand yang dah blend sampai wangi
Masukkan 10 biji Tomato Blend.. gaul rata
Masukkan Tomato Puree 1 tin besar +-400g
Masukkan 1 tin air (guna tin tomato puree)
Masukkan garam secukup rasa dan masukkan gula secukup rasa
Masukkan ikan.. ratakan kedudukan ikan.. pastikan ikan tenggelam.. kuah juga elok cair utk elakkan hangit dibawah..
Set high preasure 80 mnt..klu buat ikan 1kg 60mnt dah cukup, nanti test dulu samada tulang ikan dah lembut..klu belum lembut,tambah masa HP 5 mnt lagi.. jika kuah terlalu cair, bole Stir fry bagi kering ckit.. selamat mencuba
Ikan sardin yang dah siap di masak.. sedia dihidang untuk dimakan
Menarik dan mudah kan rupanya nak buat sardin ni.. rasanya juga memang macam sardin beli tu..dah tak was-was lepas ni nak makan.. Selamat mencuba !
Sumber: Norlela Abdul Lahak & Nur Ezani Shukri