Selain telur mata, telur dadar antara pelengkap hidangan yang digemari oleh ramai orang. Hidangan yang sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan.

Bila tengah lapar pun cukup dengan hidangan telur dadar ingin menjadi santapan. Namun untuk mendapatkan telur dadar yang crispy diluar dan gebu didalam ada caranya.

Menurut @fikachan97 beliau telah cuba bermacam cara, namun ini resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam. Mari kita ikuti perkongsian cikka ini di bawah.

CARA MASAK TELUR DADAR VERSI CRISPY DI LUAR, GEBU DIDALAM

Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji telur
  • Bawang Holland yang dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)
  • 1 sudu besar cuka putih
  • 1 susu besar air

CARA-CARA :

1. Mula-mula pecahkan dua biji telur

2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu

3. Masukkan garam, perasa secukup rasa.

4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau

5. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.

6. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih macam ni.

7. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.

8. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.

9. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.

SEDIA UNTUK DINIKMATI

Rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya

Selamat mencuba!

Sumber: @fikachan97 | TikTok