Kaedah Tanam Labu Yang Betul Hasil Memang Puas Makan


Jadi, kalau anda penggemar labu apa kata anda cuba menanam pula. Lagi mudah nak masak bila teringin, ambil di belakang rumah saja. Mari kita ikuti tips penanaman sayur labu yang dikongsikan oleh Puan Siti Rokiah Che Hat.

Cara tanam labu yang betul. Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang banyak.

Labu antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini.

PENYEDIAAN ANAK BENIH LABU & LANGKAH:

– Biji benih dirawat dengan Benomyl

– Benih direndam selama 24 jam

– Biarkan ia kering

– Benih sedia untuk disemai

Jenis Tanah yang Sesuai

Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.

Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.


Persediaan tanah

Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaitu sebelum ditanam.

Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.

Penyemaian

Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.

Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat.

Program Pembajaan

Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.

Suhu

Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.

Jarak tanaman

Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m

Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Sungkupan

Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda:

  • Meningkatkan suhu tanah
  • Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
  • Ia juga memulihara kelembapan tanah
  • Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.
  • Pengurusan rumpai
  • Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.

Pendebungaan

Ambil bunga jantan dan buang kelopak bunga

Selepas itu lakukan proses pendebuan bunga jantan dan betina.

Kalau rajin boleh cantumkan(ikat) bunga jantan dan betina.

Selepas beberapa hari pendebuan kelopak bunga akan gugur.

Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.

Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.

Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.

Pengurusan Penyakit

Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:

  • Damping-off (penyakit benih)
  • Disebabkan virus (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu)
  • Angular leaf spot
  • Downy mildew
  • Scab
  • Black rot
  • Phytophthora blight.

Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.

Tuai dan Penyimpanan

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.

Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).

Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.

Akhir kata, diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Siti Rokiah Che Hat via Belajar berkebun dirumah