Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran semua orang terutamanya kanak-kanak. Namun bukan semua ayam goreng anak-anak suka. Ada kriteria yang perlu dipenuhi.. antaranya ayam goreng perlulah crunchy.. rangup dan bekerinting seperti yang dijual restoran makanan segera terkemuka. Barulah berselera dimakannya.

Anda juga boleh menggoreng sendiri ayam goreng yang rangup dan bekerinting. Caranya mudah seperti yang dikongsikan oleh Nrl Intan Syafinas ini. Anak-anak pasti suka. Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.

Menggunakan Tepung Bestari Original sahaja

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dipotong
  • Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pon boleh, ikut selera masing-masing)
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Potong ayam, bersihkan dan tos.

2. Perap ayam dengan bancuhan Tepung Bestari selama 1/2 jam. Jumlah tepung bergantung sebanyak mana ayam yang digunakan. Tepung harus dibancuh dengan air. Lagi lama diperap, lagi sedap. Minimum 10 minit.

3. Untuk salutan tepung kering, masukkan Tepung Bestari ke dalam bekas yang besar supaya mudah untuk digaul bersama ayam nanti.

4. Ambil ayam yang diperap tadi, masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam supaya semua bahagian bersalut tepung.

5. Rupa ayam yang disalut dengan tepung.

6. Sediakan bekas/mangkuk yang bersesuaian. Isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang ) dan letak penapis.

7. Masukkan ayam yang bersalut tadi ke dalam penapis dan rendam ayam dalam 2 saat.

8. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan airnya.

9. Kemudian masukkan semula ayam ke dalam tepung kering dan gaulkan hingga bersalut. (tepung kena banyak ya. Jangan sedikit nanti tak jadi kerinting ayam) Hasilnya ayam akan jadi kerinting begini.

10. Panaskan minyak dengan banyak supaya ayam tidak hangus di bahagian bawah bila digoreng. Empunyaresipi goreng ayam dalam periuk supaya hasil gorengan jadi lebih cantik.

11. Ayam Goreng Crunchy siap untuk dinikmati.

Sumber: Rasa