Ada pelbagai teknik merebus kerang untuk ntuk mendapatkan isi kerang yang lembut, tidak kecut, dan berjus salah satunya ialah merebus kerang tanpa menggunakan air.

Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi kaedah ini sebenarnya menjadikan kerang lebih lembut dan tidak liat sama sekali.

Caranya adalah seprti yang dikongsikan oleh Syahr Musafir ini. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah.

REBUS KERANG TANPA AIR, BARULAH ISI LEBIH LEMBUT DAN TIDAK LIAT

“Semalam saya ada beli kerang. Ada orang nasihatkan saya kerang tak elok disejukbekukan. Jadi, saya rasakan lebih baik rebus terus. Bagi nak rebus kerang ini, saya ikut tip yang diberikan oleh isteri saya, Rahimah AR Zawyah.

Tak perlu guna air pun. Bunyinya macam pelik sebab rebus tanpa guna air.

Rebus kerang tak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.

Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah.

Alhamdulillah.

CARA MEMASAK

1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Gunakan api kecil. Jangan guna api besar.

2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.

3. Nampak berasap sebab tak ada air.

4. Biarkan seketika dan kelihatan air dari kerang mula keluar. Mendidih.

5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.

6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.

Sumber: Syahr Musafir