Resipi ayam kukus tauchu pedas ini merupakan masakan tradisi kaum/orang teochew. Versi halal menggunakan ayam yang dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na.

Di Malaysian sendiri masakan ayam tauchu pedas ini sudah banyak disajikan di rumah-rumah kerana rasanya yang sedap. Alang-alang ada tauchu dirumah tu apa kata anda cuba resipi masakan ini.

RESIPI AYAM KUKUS TAUCU PEDAS

Lauk ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam
  • 1 biji bawang holland – cincang
  • 1 labu bawang putih – cincang
  • 6 cili merah – cincang
  • 1 sdb taucu
  • 1sdb kicap cair
  • 1sdb minyak bijan
  • 1sdb sos tiram
  • 2 sdk serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.

2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.

3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang.

SIAP!


Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk korang yang nak diet dan kurangkan kalori dalam makanan.

Lagi sedap kalau makan time tengah panas-panas bersama nasi fuhh nikmat betul.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Mary Teo Lee Na