Jom cuba resepi ayam masak lemak cili api ala negeri sembilan perkongsian Norlailanazira Mohd Agos ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Istimewanya sajian ini tidak menggunakan bawang kerana dimasak menggunakan style Negeri Sembilan. Bukan resepi asli Negeri Sembilan, namun rasa dan aromanya pasti akan buat anda terpikat.

Nak cuba resepi ini? Jom ikuti perkongsian di bawah ini

AYAM MASAK LEMAK CILI APA NEGERI SEMBILAN STYLE

Orang Johor selalunya masak lemak cili api letak bawang. Belajar dengan mak mertua resipi ni sebab anak dia ( suami saya ) memang suka lauk masak lemak cili api. Lepas tu kat kuali sebelah goreng ikan tenggiri jeruk letak bawang, cili api perah limau. Mak oi makan boleh pitam.

p/s : Ini bukan resipi asli Negeri Sembilan. Saya cuma buat style macam Negeri Sembilan sebab tak pakai bawang.

Ok jom kita start

CARA-CARA MEMASAK :

1. Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali ke periuk ke sukahatilah ye. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.

2. Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak kat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak

3. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.

4. Masukkan kentang

5. Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.

Ayam masak lemak cili api is doneee

Sumber: Norlailanazira Mohd Agos