Bagi mereka yang pernah merasai keenakkan nasi bukhari pasti tahu akan rasa dan aroma bau dan citarasa menakjubkan dengan penuh rempah ratus. Nasi Bukhari ini amat terkenal di beberapa negara terutamanya di Arab Saudi.

Di Malaysia, anda juga boleh merasai keenakkan nasi bukhari kambing ini yang boleh didapati di restoran-restoran Arab dan Pakistan. Anda juga boleh memasaknya sendiri dirumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga.

Ashafizrol Ab Hamid ada membuat satu perkongsian resepi di Facebook miliknya. Menariknya resepi perkongsian beliau merupakan resepi Bukhari Kambing paling mudah dalam dunia. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Namun hasilnya memang sedap

RESEPI NASI BUKHARI PALING MUDAH DIDUNIA

BAHAN-BAHAN :

  • Minyak masak
  • Danging Kambing (Dipotong Dadu)
  • Bawang besar/holand (dihiris nipis)
  • Lobak Merah (dipotong runcing)
  • Garam
  • Jintan Putih
  • Mentega
  • Daun Bay/Bay Leaf
  • Tomato (dikisar)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak dan tak terlalu sediki. Sedang-sedang.

2. Masukkan daging kambing yang dipotong cube. Alih-alihkan daging tu dalam kuali selama lebih kurang 15 minit. Kemudian keluarkan. Daging kambing tu jangan letak apa-apa. Garam pun jangan letak. Biar kosong.

3. Masukkan bawang besar atau bawang holand yang dihiris nipis. Goreng sampai garing dan masukkan carrot yang dipotong runcing. Terus goreng.

3. Masukkan garam, jintan manis, butter, bay leaf dan masukkan tomata yang sudah dikisar. Saya guna dua biji sahaja sebab nasi dalam dua cawan. Masukkan sedikit air. Bila dah menidih, masukkan semula daging yang digoreng tadi. Biar di atas api lebih kurang 15 min.

4. Kemudian tuangkan semua yang ada dalam kuali tadi ke periuk beras yang sudah direndam lebih kurang setengam tadi. Tambah sedikit lagi garam jika perlu.

5. Tutup permukaan periuk dengan aluminium foil bagi kemas dan masukkan dalam ketuhar dengan suhu (250c) selama setengah jam dan 200 selama setengah jam lagi. Semua sejam.

6. Siap dah boleh makan. Air jangan terlalu banyak. Masak nasi dalam ketuhar tak sama dengan yang biasa.

7. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Memang sedap. Saya tak letak buah kismis sebab anak isteri tak suka. Letak juga cili kot-kot nak rasa pedasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Ashafizrol Ab Hamid