Cakoi biasanya dijadikan menu hidangan pada waktu petang. Digandingkan pula bersama kopi panas atau teh. Selain dimakan bersama-sama dengan kuah kacang atau kaya, cakoi juga boleh dicicah dengan kuah pandan atau kastard. Bagi gemar rasa manis boleh gandingkan bersama susu manis.

Bagi mereka yang meminati cakoi anda boleh ikuti resepi perkongsian Sophea Amri ini. Resepi perkongsiannya sangat simple, mudah dan sedapppppp sangat. Sangat mudah dan pasti menjadi. Hanya guna 4 bahan sahaja.

CARA MEMBUAT KUIH CAKOI GORENG 4 BAHAN

Kedai cakoi tutup, buka kedai sendiri di rumah ya. Sis tak putus asa, buat cakoi sendiri. Resepi sangat simple, mudah dan sedapppppp sangat.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu teh yis
  • 2 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je)

2. Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli bersama selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.

3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.

4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan.

5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.

6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.

NOTA: Saya suka buat kecil-kecil sebb layan makan satu mulut rangup gebu aje. kalau nak buat besar-besar pun boleh

Selamat mencuba!

Sumber: Sophea Amri