Jadi, mari kami kongsikan cara penanaman yang betul untuk pokok ketumbar. Confirm menjadi dan tak cepat layu.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Rosziyana Bakar, dia hanya menggunakan biji ketumbar yang dibeli di pasaran dan tidak menggunakan keratan batang kerana tanaman mudah rosak.

Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.

Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar (beli dekt diy brand Trio).. Saya tak rendam dulu pun, terus semai.. Alhamdulillah, senang hidup dan subur..

Apa yang saya belajar:

  • 2 minggu baru tumbuh
  • Siram pagi & petang
  • Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu (1 gelas air shj)
  • Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
  • Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras

Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tapi bukan terendam ye..

Usia 2+ minggu daripada semai.. Gigih sikit masa ni letak di tempat matahari naik pukul 8-11 pagi sahaja.. Bila dah keluar daun sebenar baru dedahkan pada matahari penuh.

Usia 1 bulan.. dah boleh pindahkan ke pasu lain.. masa ni memang cabaran sungguh.. akar dah bercantum antara satu sama lain.. Tu la main tabur lagi.

Cara saya: siram tanah hingga basah lecun.. keluarkan perlahan-lahan guna penyodok kecil.. kemudian, cuci akar dengan air dan leraikan akar perlahan-lahan.

Usia 52 hari..dah pindah ke pasu lain.. dapat 6 pasu bulat kecik, 4 pasu hitam panjang.. (yang tumbuh panjang tu bukan lalang atau rumput ye tapi padi.. kita siram guna air basuhan beras, tumbuh skali padi)

60 pokok kentumbar ni tanah kena sentiasa lembab.. kalau cuaca panas sangat waktu tengahari, pokok ketumbar akan layu.. siram 1 gelas air sahaja. Nanti dia segar semula..

Sekarang, dua bulan 12 hari.

Alhamdulillah, tak cuba tak tahu. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Rosziyana Bakar