Cara Mudah Tanam Ulam Pegaga Di Rumah Senang Hasil Pun Banyak Tak Payah Beli Lagi


Selain berkhasiat, pegaga juga mudah ditanam dan dijaga. Anda juga boleh mengisi masa lapang dengan cuba menanam ulam pegaga ni tau.

CARA-CARA MENANAM PEGAGA

1. Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.

2. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

3. Pegaga! Beli dipasar RM2 seplastik. Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan ditengah daunnya.

4. Cucuklah pegaga tadi terpulang pada anda. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.

5. Tadaa! Selepas 2 minggu bukan main subur dan sihat lagi pegaga ni. Anak daun dah mula tumbuh disana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.

6. Apa lah guna ya pegaga yang subur kalau kita tak ambil manfaatnya kan? Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke akar tau.

Sumber: Suhaili Baharudin

Lagi Menarik

Tip Mudah Sayur Tumbuh Subur Dalam Polibeg, Elak Siram Pada Waktu Ini

Tanam Serai Cepat Membiak & Rimbun, Ini Teknik Potong Yang Betul

Tanam Kesum Tak Menjadi, Guna Cara Ini Buat Pokok Terus Subur

Cara Mudah Elak Serangan Lalat Buah, Hasil Lebih Cantik & Bersih

Cara Mudah Tanam Pudina Confirm Hidup & Cepat Membiak

Teknik Buat Pokok Kari Cepat Rimbun, Ikut Cara Mudah Ini

Hanya Guna Sisa Dapur, Pokok Sayur Tua Kembali Subur & Berbuah Lebat

Resepi Apam Tapai Nasi Gebu Sukatan Cawan

Resepi Cekodok Ikan Bilis Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Rahsia Buat Sotong Celup Tepung Lebih Rangup Dan Tak Hancur