Tentang telur rebus… Mungkin sudah ramai yang dah tahu petua ni.. Dulu-dulu saya fail rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.
Bila dapat petua dari kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini.. Jadi saya nak tumpang share juga untuk sahabat MAHN di hari yang barokah ini… Petua mudah.
-Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.
-Rebus seperti biasa api sederhana. InshaaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sangat mudah dikupas.
-Paras air pastikan tenggelam telur.
-Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih.
-Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
-Dah cukup time terus buang air.
-Teknik nak mudah kupas kulit… Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.
Selamat mencuba!
Sumber: Basiroh Kz